Friday, December 14, 2018

SIKAP SEORANG YANG BERJAYA


Orang berjaya memiliki
 12 sikap yang istimewa.

Sikap 1:  Bersyukur.
Orang berjaya sentiasa bersyukur.  Tak kiralah samada apa yang mereka usahakan mencapai sasaran atau tidak, mereka tetap bersyukur.  Mereka akan cuba mencari kebaikan dalam semua perkara dan berusaha untuk melihat dari sudut yang baik-baik.
Mereka faham, bila mereka bersyukur lebih banyak perkara yang baik-baik akan datang.  Dan, mereka juga tahu ada ramai lagi yang lebih kurang bernasib baik dari mereka.
Sikap 2: Membina keyakinan.
Keyakinan memang tidak akan datang dengan sendiri.  Anda perlu berusaha untuk mendapatkan rasa yakin.  Orang berjaya akan membina keyakinan mereka dengan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya tentang sesuatu perkara.  Yang paling menarik, mereka akan mendapatkannya dari beberapa sumber dan mengkajinya sehingga dirasakan sesuai dengan mereka.
Dalam Islam, ada 4 keyakinan yang kita perlu miliki iaitu Ilmul Yaqin, Ainul Yaqin, Haqqul Yaqin dan Qamalul Yaqin.
Sikap 3: Tidak membanding-bandingkan diri sendiri.
Orang yang berjaya tidak akan membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain.  Mereka akan menerima kekurangan diri sendiri sebaiknya dan cuba memperbaikinya.  Dan, segala kebaikan mereka ada, dilihat sebagai peluang untuk membantu orang lain.
Sikap 4:  Suka membantu orang lain.
Ini memang susah! Orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk menambah nilai hidup orang lain.  Mereka akan memberi bantuan dalam apa cara yang mereka boleh termasuk suka berkongsi ilmu.
Sikap 5: Memupuk perhubungan sosial.
Jarang kita dapat lihat, orang yang berjaya tidak suka bercampur-gaul dengan orang lain.  Jika ada pun, mungkin mereka ada masalah tertentu.  Di mana-mana, kita selalu melihat orang-orang yang berjaya mudah untuk membina perhubungan positif terutama di dalam persekitaran yang baik dan positif.
Kadang-kadang ada antara mereka cuba membina perhubungan dengan orang yang di luar lingkup sosial mereka dengan harapan untuk memberi peluang kepada orang lain untuk dapat lebih kebaikan.
Sikap 6: Mempunyai strategi sendiri.
Orang berjaya tidak mengambil pendekatan hentam sahaja dalam melakukan sesuatu terutama perkara-perkara besar.  Mereka selalunya akan mengambil kira beberapa faktor seperti adakah ianya membawa kebaikan, berapa lama masa yang perlu diluangkan, adakah kebaikan tersebut untuk jangka panjang dan banyak perkara lagi.  Disamping itu, mereka juga mempunyai strategi untuk menerima kegagalan.  Kerana mereka yakin, ada perkara boleh berlaku di luar jangkaan dan setiap kegagalan ada pengajarannya.
Sikap 7: Memaafkan.
Ini memang sukar!  Orang berjaya mudah memaafkan.  Sebagaimana mereka tidak mahu orang lain tidak memaafkan mereka, mereka juga tidak mahu menyimpan dendam.  Bagi mereka, dendam boleh membinasakan.  Dendam adalah perasaan negatif yang boleh menjadi racun dalam diri.
Ada juga orang yang berjaya kerana menjadikan dendam sebagai satu motivasi positif. Tapi, mereka adalah berdendam bukan kepada orang tetapi kepada peristiwa yang menjadikan mereka terinspirasi untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih baik.
Sikap 8: Menambahkan pengalaman.
Jika anda perhatikan, orang yang berjaya suka mencari pengalaman-pengalaman baru.  Mereka sentiasa mencari peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, melancong ke lokasi yang baru, melakukan aktiviti-aktiviti yang berbeza dan banyak lagi.  Ini kerana mereka suka menguji diri mereka untuk mengatasi halangan dan cabaran yang berbeza.  Pada setiap perkara baru yang mereka lakukan, pasti ada halangan dan setiap kali mereka mengatasi halangan-halangan mereka mencipta kejayaan baru.
Sikap 9: Menikmati kehidupan.
Pelik sikit! Orang yang berjaya selalunya menikmati setiap saat kehidupan mereka.  Mereka meraikan walaupun sekecil-kecil kejayaan.  Ini kerana mereka sangat menghargai nyawa dan waktu yang diberikan Tuhan.  Oleh sebab itu ‘lah, kita selalu lihat orang yang berjaya selalu mengelilingi diri mereka dengan perkara-perkara yang membawa kegembiraan kepada mereka.
Sikap 10:  Komitmen yang tinggi untuk mencapai impian.
Ini memang jarang ada pada orang yang biasa-biasa.  Tahap komitmen orang yang berjaya adalah sangat tinggi.  Mereka akan memastikan mereka capai apa yang mereka mahukan dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Mereka juga mempunyai disiplin diri yang kuat, tidak mudah terganggu dengan keadaan sekitar dan sangat fokus dalam melakukan tindakan yang membawa mereka ke arah kejayaan.
Boleh dikatakan, orang yang berjaya akan ketagih mencipta kejayaan-kejayaan lain, sebab itulah mereka akan sentiasa berjaya.
Sikap 11:  Menjaga kesihatan.
Apa gunanya kejayaan jika tubuh badan tidak sihat untuk menikmatinya?  Oleh kerana itu ramai orang yang berjaya akan mengambil langkah sebaiknya untuk menjaga kesihatan.  Mereka menjaga pemakanan, bersenam, beriadah, mengambil vitamin dan juga tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesihatan mereka.
Ini adalah penting! Kesihatan yang baik juga sebenarnya suatu kejayaan.
Sikap 12:  Menjaga perhubungan dengan Allah swt.
Sebesar mana pun usaha yang diambil, setinggi mana pun cita-cita kita, hanya dengan izin Allah kejayaan akan dicapai.  Orang yang berjaya sangat berpegang teguh kepada perkara ini.  Mereka bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat.  Mereka sangat yakin, bahawa Allah yang memberikan mereka kemampuan untuk berusaha dan menganugerahkan mereka dengan kejayaan dan juga Allah boleh menarik balik segala anugerah tersebut sekelip mata.
Yang mereka kejar ialah kejayaan di akhirat.
Boleh dikatakan, orang yang berjaya sangat ketagih untuk mencipta kejayaan baru.  Mereka takkan membiarkan diri mereka hanyut dalam satu kejayaan sahaja.  Mereka mahu mengispirasikan seluruh dunia dengan kejayaan mereka.  Anda pernah kenal orang seperti ini, atau adakah anda orang yang seperti ini.
Sikap mana yang anda belum ada? Masih belum terlambat untuk lakukan sesuatu.

#tradermalaysia
#jombelajarforex
#buatduit
#malaysia
#skrill
#neteller
#bitcoin
#usd
#gbpjpytrading
#trading 
#berdagang
#kelaspercuma



No comments:

Post a Comment

US 30-year inflation-adjusted Treasury yield turns positive for first since June 2020 NEWS | 2/23/2021 1:12:49 AM GMT | By Omkar Godbole

  According to data provided by the Department of the Treasury, the  US  30-year real or inflation-adjusted Treasury yield has risen above z...