Friday, January 31, 2020

2020 Demo Contest on Forex Trading

s
Sehingga tarikh 31 Jan 2020 seramai 11220 peserta dari seluruh Dunia telah menyertai peraduan Demo Contest yang memperuntukkan hadiah sebanyak USD 100,000.00 kepada 2020 peserta yang mendapat kedudukan tertinggi.
Melalui ranking terkini peserta pertama yang mendahului carta adalah peserta dari Russia yang mempunyai baki ekuiti dalam akaun sebanyak USD 329 313.21 . pada pertandingan kali ini kita dapat menyaksikan peserta dari Malaysia berada di kedudukan 10 teratas dimana pada ketika ini AkramHazim dari Malaysia menduduki tempat ke 3 dengan ekuiti akaun sebanyak USD 109 310.04 . Beliau ketika ini layak untuk membawa pulang hadiah sebanyak USD 1500.00 sekiranya kedudukan ini kekal sehingga tamat pertandingan
Untuk Makluman pertandingan ini telah berlangsung daripada 16 Dec 2019 dan akan berakhir pada 28 Feb 2020. walaubagaimanapun tarikh tutup penyertaan masih lagi di buka sehingga 16 Feb 2020. pemenang adalah dikira berdasarkan ekuiti tertinggi dikumpul dan pemenang dikira sehingga ranking ke 2020 dengan nilai hadiah sebanyak USD 100,000.00 di sediakan
Jadi kepada anda yang masih belum menyertai peraduan ini jangan lepaskan peluang ini kerana ianya adalah percuma. anda hanya perlu membuka akaun demo untuk menyertai kontest ini (T&C) Di harap ada ramai peserta dari Malaysia yang tersenarai di dalam carta 2020 kedudukan paling atas bagi pertandingan ini. untuk pertanyaan sila hubungi kami weltrade Malaysia ataupun wassap 012-2963403

Thursday, January 30, 2020

4 Jenis Pedagang Forex: Yang Manakah Anda?

Pasaran forex merupakan pasaran kewangan yang terbesar di dunia, oleh itu ia penuh dengan kategori pedagang yang berbeza. Mereka ini berdagang pertukaran matawang, tidak ketinggalan juga logam seperti emas, minyak dan kripto. Setiap jenis pedagang mempunyai teknik berdagang yang berbeza, mereka menggunakan platform perdagangan (seperti MetaTrader 4) membantu mereka untuk mengejar keuntungan dalam pasaran yang diceburi. Perbezaan ini disebabkan pemahaman tentang pasaran semasa atau membuat spekulasi dalam pasaran forex. Teknik perdagangan juga berbeza berdasarkan pemahaman mereka tentang pasaran (baik pemula atau yang sudah berpengalaman) dan penggunaan startegi pasaran untuk memenuhi sasaran mereka. Artikel ini akan membicangkan mengenai jenis pedagang forex yang menyerikan pasaran forex.



1. Scalper

Scalper forex adalah pedagang yang berdagang dalam jangka masa yang singkat, bertujuan untuk menjana profit dengan tempoh yang sangat pendek. Jenis pedagang ini membeli dan menjual sekuriti berulang kali dalam sehari dengan sasaran untuk membuat peratusan keuntungan yang kecil secara konsisten dalam pasaran. Scalper menggunakan teknik berdagang manual dan juga robot EA di pelbagai platform yang boleh menjana keuntungan dengan mengambil kira spread ‘bid’ dan ‘ask’. Untuk scalper sistem manual, mereka akan duduk di hadapan komputer mahupun telefon pintar untuk melaksanakan dagangan, manakala pengguna robot EA membuka dan menutup dagangan berdasarkan strategi yang bermula di timeframe M1, M5 ataupun M15. Ada juga yang merujuk timeframe yang lebih besar seperti H1 dan H4 sebagai panduan pergerakan harga.
Strategi scalping forex boleh menjana lebih profit semasa kadar naik turun (volatility) yang tinggi, di mana pasaran bergerak dengan momentum yang kuat. Kebiasaannya pada tempoh persilangan waktu dagangan UK dan US. Bagaimanapun, terdapat juga risiko dengan strategi perdagangan ini. Misalnya, apabila pedagang scalper membuka posisi pasaran, mereka dapati sukar untuk menutup posisi kerana pasaran bergerak mengikut lawan arah, akhirnya posisi tersebut akan dibiar terbuka sehingga boleh menyebabkan kerugian.
Sekiranya anda menyertai Weltrade, anda boleh menggunakan akaun Pro. Ia adalah sejenis akaun dagangan ECN yang mempunyai spread paling rendah, tanpa swap dan komisyen. Ianya sesuai untuk semua jenis pedagang. Adalah digalakkan untuk menggunakan akaun ini sekiranya anda seorang pedagang Scalper, yang mana anda perlu memaksima keuntungan dengan menggunakan akaun yang menawarkan spread kecil disebabkan pedagang jenis ini membuat keuntungan dengan jarak pergerakan harga yang kecil.

2. Pedagang Harian (Day Trader)

Pedagang harian (day trader) adalah pedagang yang menutup semua posisi pada penghujung hari perdagangan dan akan memastikan tiada posisi yang dibiarkan terbuka semalaman. Pedagang harian mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang tinggi dalam menggunakan pasaran forex untuk menjana profit. Kategori pedagang forex ini menggunakan pelbagai teknik untuk memastikan perdagangan mereka berjaya. Sesetengahnya menggunakan penunjuk teknikal (technical indicator) dan kiraan analisis untuk menentukan masuk atau keluar dari pasaran, manakala yang berpengalaman hanya menggunakan kemahiran membaca carta kosong (naked chart). Timeframe yang digemari oleh pedagang harian adalah M30, H1 dan H4.
Secara umumnya pedagang harian menggunakan pergerakan harga (price action) untuk beli, jual atau menahan posisi dagangan berbanding analisis fundamental yang sering digunakan oleh kategori pedagang yang lain. Pergerakan harga matawang dan jarak purata harian adalah elemen penting yang perlu diambil perhatian oleh pedagang harian. Sebelum dagangan dibuat, adalah penting untuk mengetahui pasangan matawang tersebut mempunyai momentum untuk membuat pergerakan harga yang secukupnya. Perdagangan adalah berdasarkan kemasukan dan pengeluaran sesuatu dagangan dalam tempoh yang sangat pantas. Ini membuatkan volume dan kecairan (liquidity) sangat penting. Jadi, gandingan matawang yang mempunyai pergerakan harian yang kecil kurang digemari oleh day trader.
Pedagang harian forex memberi fokus kepada perkara yang menyebabkan pergerakan pasaran forex dalam masa yang singkat (short term). Ini membuatkan teknik perdagangan berita (news trading) sangat popular di kalangan pedagang harian. Perdagangan mereka berdasarkan maklumat yang didapati daripada berita ekonomi terancang seperti statistik ekonomi sesebuah negara, pendapatan syarikat, dan pengumuman kadar faedah. Berita ekonomi ini boleh menyebabkan pergerakan yang ketara dalam pasaran forex apabila ianya menepati atau menjangkaui sasaran, membolehkan para pedagang harian mendapat profit yang tinggi.
Berita-berita ekonomi ini boleh didapati dari laman web ekonomi terkemuka seperti ForexFactory.com ataupun Invensting.com. Weltrade juga ada menyediakan laman khas kalendar ekonomi untuk rujukan anda.

3. Pedagang Swing (Swing Trader)

Pedagang swing Forex adalah merupakan mereka yang membuat keuntungan dan pulangan dalam pasaran forex dengan membiarkan posisi dagangan terapung untuk beberapa hari atau minggu. Pedagang jenis ini menggunakan analisis fundamental, penilaian sebenar sesuatu gandingan matawang, kecenderungan harga, corak candlestick, dan analisis teknikal untuk mencari matawang dengan momentum pergerakan harga dalam masa singkat. Pedagang swing berdagang dengan mengenalpasti gandingan matawang yang mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melakukan pergerakan dalam masa yang pendek. Matlamat perdagangan swing ini adalah untuk berdagang berdasarkan pergerakan harga harian yang besar dengan menghabiskan masa yang panjang (beberapa minggu atau bulan) memerhatikan pasangan matawang tersebut.
Pedagang swing membeli matawang apabila pasaran swing bergerak naik dan akan keluar dari pasaran sekiranya swing berhenti, atau telah berakhir. Fokus mereka selalunya berdasarkan aset atau matawang tertentu, misalnya USD ataupun emas. Ini mampu membantu mereka memahami pergerakan yang berlaku dalam sesuatu aset. Perdagangan swing mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, pedagang boleh membuat keuntungan dan pulangan yang lebih tinggi berbanding pedagang harian disebabkan pergerakan harga yang lebih besar kerana berdagang di timeframe yang besar. Ini menyebabkan perdagangan swing sesuai untuk pedagang sepenuh masa. Sebagai tambahan, dengan analisa yang tepat pedagang swing berhadapan risiko yang lebih rendah berbanding jenis pedagang yang lain. Tidak lupa juga pedagang swing tidak perlu mengkaji pasaran pada setiap masa.

4. Pedagang Posisi (Position Trader)

Pedagang posisi berdagang matawang di dalam pasaran forex dengan menahan posisi dagangan untuk jangka masa yang panjang, kebiasaannya berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Ada juga yang menyimpan dagangan bertahun-tahun! Pedagang jenis ini, tidak seperti pedagang harian, tidak begitu menitik-beratkan pergerakan harga jangka masa singkat dan berita ekonomi harian. Justeru itu. pedagang posisi merupakan jenis pedagang yang tidak aktif berdagang. Mereka membuka sedikit posisi dagangan dalam setahun.
Anasilis pergerakan harga mingguan dan bulanan untuk menentukan pergerakan trend harga adalah merupakan teknik kegemaraan pedagang jenis ini. Mereka menjana keuntungan melalui pergerakan trend di timeframe besar, terutamanya di W1 ataupun MN. Di sini, dagangan dijalankan dengan penekanan aspek terhadap kedua-dua analisis fundamental dan teknikal. Penunjuk dagangan ini memberi pedagang posisi keupayaan untuk menilai pasaran forex, justeru itu membolehkan mereka membuat keputusan dagangan yang lebih baik.

Berdagang dengan Weltrade

Kesimpulannya, pasaran forex menjanjikan pulangan lumayan kepada pedagang forex. Namun begitu, pedagang forex tidak boleh mengabaikan risiko yang terpalit dengan berdagang matawang dalam pasaran forex. Adalah penting sebagai seorang pedagang untuk menilai kemahiran berdagang masing-masing dan memahami pasaran forex sebelum mula berdagang. Dengan ini, anda perlu memilih strategi berdagang yang sesuai dengan anda, sebagai seorang pedagang scalper, harian, swing, ataupun posisi.
Bagi yang mempunyai modal tetapi tidak berkesempatan untuk berdagang, anda boleh mencuba akaun ZuluTrade, yang mana anda boleh memilih untuk ‘meniru’ transaksi pedagang pro (copytrade) seluruh dunia secara live dan selamat. ZuluTrade merupakan platform copytrade sosial yang tersohor, sehingga kini mempunyai lebih USD $1.2 trillion transaksi di atas platform mereka. Dengan memilih pedagang yang sesuai dengan modal dan ekuiti anda, anda sudah pasti akan turut dapat menjana pendapatan tanpa melihat carta pasaran setiap masa!
Walau apa pun jenis pedagang yang anda pilih, adalah penting untuk anda memahami dan mengetahui tentang asas-asas berdagang dan mempunyai kekuatan mental yang kuat sebelum menceburi bidang ini. Untuk pedagang baru, anda boleh belajar forex secara PERCUMA dengan Weltrade. Tempah slot anda di ruangan Event kami!
Selamat maju jaya daripada Weltrade Malaysia!
Layari www.weltrade.my

Wednesday, January 15, 2020

Signal Harian

Signal Harian
Di lihat pada kedudukan sekarang Usd sudah mula melemah selepas perbalahan dengan Iran .Sekarang kuasa besar Eropah juga ingin membuat kajian mengenai program nuklear Iran dan berkaitan penggunaan uranium oleh negara tersebut.
Jika dilihat pada pandangan fibonaci retracement, Usd / Jpy di jangka akan meneruskan kenaikan apabila gagal breakout pada point 161 fibo lvel.Untuk ketahui lebih lanjut,boleh hubungi kami untk kelas sekitar lembah klang dan ianya PERCUMA

Image may contain: 1 person, text

No photo description available.

Tuesday, January 14, 2020

Signal Harian

Signal Harian
Di lihat Pair GBP tertumpu pada minggu ini untuk membuat new low atau new high rentetan 30 Januari 2020 di jangka keputusan England untuk keluar dari Eropah (isu Brexit) akan berada di penghujung. GBP dijangka akan berada paras sideway sehingga seminggu atau 5 hari berkerja sebelum 30 Januari. Di harapkan perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan profit kepada trader.
Jika harga semasa berjaya membuat new high, kemungkinan besar akan berlaku momentum di yg jauh di timeframe besar.
Sila ikuti kelas kami secara percuma di sekitar lembah Klang dengan menghubungi kami

Kelas 4 Golden Rules



Kelas 4 Golden Rules
24 Jan 2020 (Jumaat)
8:30 Pm - 9:30 Pm
Objektif kelas ialah untuk membongkarkan kepada peserta 1 teknik yang simple tetapi profitable. Teknik yang telah digunakan sejak tahun 2013 serta telah membantu beribu trader menghasilkan duit tambahan setiap bulan. Tiada indikator. Hanya naked chart.
Daftar kelas di sini http://bit.ly/Kelas4GoldenRule
kelas diadakan di webinar
www.weltrade.com.my

No photo description available.

Monday, January 13, 2020

Kelas 4 Golden Rules

Kelas 4 Golden Rules
24 Jan 2020 (Jumaat)
8:30 Pm - 9:30 Pm
Objektif kelas ialah untuk membongkarkan kepada peserta 1 teknik yang simple tetapi profitable. Teknik yang telah digunakan sejak tahun 2013 serta telah membantu beribu trader menghasilkan duit tambahan setiap bulan. Tiada indikator. Hanya naked chart.

No photo description available.

Friday, January 10, 2020

Signal harian

Signal harian
Usd dijangka akan melemah seketika sebelum meneruskan perjalanan ke 423 seperti yg dibincangkan sebelum ini.Untk belajar forex dgn percuma,boleh hubungi kami untuk menetapkan tarikh kelas

#belajarfibonaci
#belajarforex
#kelasforexpercuma
#signalforexharian
#signalforexpercuma
#spreadrendah
#sahamonline
No photo description available.

Wednesday, January 8, 2020

Trading Calculator

This tool will help you to calculate the value of a pip, the volume of swaps as well as the margin requirements for various trading instruments.This tool will help you to calculate the value of a pip, the volume of swaps as well as the margin requirements for various trading instruments.

US 30-year inflation-adjusted Treasury yield turns positive for first since June 2020 NEWS | 2/23/2021 1:12:49 AM GMT | By Omkar Godbole

  According to data provided by the Department of the Treasury, the  US  30-year real or inflation-adjusted Treasury yield has risen above z...