Wednesday, September 2, 2020

Ringgit dibuka lebih rendah

 

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan mata wang AS itu mengukuh selepas Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS naik kepada 56 daripada 54.2 pada Ogos.

Pada 9.09 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1490/1540 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1450 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata kemerosotan kecil dijangka berikutan dolar AS mengukuh tetapi sentimen ringgit yang meningkat tidak terjejas dalam persekitaran harga minyak meningkat dan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang menggalakkan.

“Permintaan terhadap bon MGS akan kekal kukuh menjelang jangkaan pengurangan kadar oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam masa terdekat ketika harga minyak dilihat stabil dan pada aliran meningkat,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0454/0508 daripada 3.0490/0539 pada Selasa dan meningkat berbanding yen kepada 3.9097/9152 daripada 3.9149/9207 semalam.

Ringgit naik berbanding pound kepada 5.5476/5547 daripada 5.5671/5742 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.9336/9412 daripada 4.9593/9665.

Sumber (https://www.forexkini.com/2020/09/ringgit-dibuka-lebih-rendah.html)

No comments:

Post a Comment

US 30-year inflation-adjusted Treasury yield turns positive for first since June 2020 NEWS | 2/23/2021 1:12:49 AM GMT | By Omkar Godbole

  According to data provided by the Department of the Treasury, the  US  30-year real or inflation-adjusted Treasury yield has risen above z...