Wednesday, April 29, 2020

Ringgit dibuka rendah, RM4.35 sedolar




KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring dengan penyusutan harga minyak mentah global.
Pada 9.02 pagi, unit tempatan itu berada pada paras 4.3550/3650 berbanding AS daripada 4.3530/3630 sewaktu ditutup semalam.
Harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global susut di bawah AS$20 setong berikutan kebimbangan mengenai kemudahan simpanan serta keadaan ekonomi global.
Minyak mentah tersebut didagangkan pada paras 0.6 peratus lebih rendah pada AS$19.87 ketika isu membabitkan tempat simpanan yang terhad khususnya di AS manakala sentimen ekonomi global terus dijejaskan oleh penularan COVID-19.
Rakuten Trade Sdn Bhd berkata, kebimbangan itu terus ketara ketika AS menjadi negara penyumbang utama kepada angka membabitkan COVID-19 berkenaan.
Dalam pada itu, pada sesi pembukaan dagangan hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0673/0759 daripada 3.0672/0754 sewaktu ditutup pada Isnin namun meningkat berbanding yen kepada 4.0591/0688 daripada 4.0610/0715.
Ringgit mengukuh berbanding pound kepada 5.4120/4261 daripada 5.4121/4254, manakala berbanding euro, ia turut naik kepada 4.7169/7290 daripada 4.7221/7347 semalam. 
Sumber (forexkini.com/2020/04/ringgit-dibuka-rendah-rm435-sedolar.html)

No comments:

Post a Comment

US 30-year inflation-adjusted Treasury yield turns positive for first since June 2020 NEWS | 2/23/2021 1:12:49 AM GMT | By Omkar Godbole

  According to data provided by the Department of the Treasury, the  US  30-year real or inflation-adjusted Treasury yield has risen above z...