Tuesday, April 21, 2020

PROMOSI TERHEBAT SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

PROMOSI TERHEBAT SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK YANG BAKAL MENJELANG TIDAK LAMA LAGI..
Sempena menyambut kehadiran RAMADHAN pada tahun ini, pihak Weltrade Malaysia menawarkan Bonus ke dalam akaun trading dengan minimum deposit 200usd. Masukkan Pomo kod RAMADAN50 dan anda Akan menerima bonus 50% bonus dari nilai deposit.
Bonus Akan diterima setiap kali anda membuat deposit dengan nilai maksimum bonus tidak melebihi 1000usd

Ringgit dibuka pagi ini, harga minyak mentah AS jatuh bawah sifar

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah hari ini berikutan sesi dagangan kelam-kabut pasaran minyak mentah dalam tempoh semalaman yang menyaksikan niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) merosot di bawah AS$0.00 buat kali pertama dalam sejarah.
Pada 9.01 pagi, ringgit susut kepada 4.3780/3880 berbanding dolar AS daripada 4.3700/3770 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Strategi Pasaran Global, AxiCorp, Stephen Innes, berkata niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) untuk Mei 2020 didagangkan pada -AS$40.32 setong.
“Kemerosotan permintaan yang besar ini menyebabkan paras tepu simpanan meningkat, sehingga memaksa penjual membayar pembeli untuk membeli komoditi bagi serahan Mei itu.
“Sekiranya harga minyak mentah masih mengalami tekanan, seperti yang dijangkakan, ini meningkatkan lagi risiko penurunan lebih besar bagi ringgit,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Malaysia, sebagai pengeksport bersih minyak mentah dan produk petroleum, sangat bergantung kepada pergerakan harga komoditi itu.
Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding yen kepada 4.0631/0728 daripada 4.0587/0663 ketika ditutup pada Isnin serta turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0772/0860 daripada 3.0751/0811.
Ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.4432/4574 daripada 5.4524/4616 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.7528/7649 daripada 4.7550/7644.

Monday, April 20, 2020

Ringgit dibuka rendah, RM4.36 sedolar

KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan minggu ini dengan dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan penurunan harga minyak mentah dan pengumuman data ekonomi suku pertama China yang lebih lemah daripada dijangkakan.

Pada jam 9.01 pagi, ringgit dibuka rendah sedikit kepada 4.3680/3780 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3650/3750 Jumaat minggu lalu.

Harga minyak mentah terus tidak menentu meskipun Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu-sekutunya bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari, minggu lalu, apabila pelabur masih bimbang dengan impak daripada pandemik COVID-19.

Pada jam 9.31 pagi, penanda aras harga minyak mentah berada pada AS$27.65 setong, turun 1.53 peratus daripada sesi penutup sebelumnya.

China menyaksikan keluaran dalam negara kasarnya susut 6.8 peratus tahun ke tahun bagi suku pertama 2020, lebih lemah daripada jangkaan 6.5 peratus analisis oleh Reuters.

Sehubungan itu, Ketua Pakar Strategi Pasaran GlobalAxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit dijangka kekal sederhana sehingga harga minyak meningkat semula.

“Dan penggunaan China serta eksport kembali rancak semula,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Pada pembukaan hari ini, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding yen kepada 4.0482/0586 daripada 4.0465/0562 pada Jumaat minggu lepas dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4521/4659 daripada 5.4200/4342.

Ringgit jatuh berbanding euro kepada 4.7441/7563 daripada 4.7216/7338 dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0668/0755 daripada 3.0621/0702.

Friday, April 17, 2020

Ringgit dibuka rendah, RM4.36 sedolar

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen terhadap unit tempatan terjejas oleh harga minyak dunia yang merosot.
Pada 9.20 pagi, ringgit berada pada 4.3600/3700 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3400 semasa ditutup semalam.
Peniaga berkata, permintaan terhadap ringgit terjejas selepas harga minyak dunia (WTI) jatuh di bawah AS$20 setong berikutan bimbang mengenai permintaan yang mungkin merosot disebabkan pandemik COVID-19.
“Minyak mentah WTI diniagakan susut 1.59 peratus kepada AS$19.77 setong manakala minyak mentah Brent merosot 3.72 peratus kepada AS$28.60 setong,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0549/0632 daripada 3.0487/0529 dan susut berbanding yen kepada 4.0438/0542 daripada 4.0371/0425 semalam.
Unit tempatan rendah berbanding pound kepada 5.4430/4573 daripada 5.4270/4350 dan susut berbanding euro kepada 4.7441/7567 daripada 4.7390/7462. 
Sumber (forexkini.com/2020/04/ringgit-dibuka-rendah-rm436-sedolar.html)

Thursday, April 16, 2020

Ringgit ditutup rendah hari ketiga berturut-turut

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutan untuk hari ketiga berturut-turut berikutan prospek penurunan harga minyak yang berlanjutan, terus menjejaskan permintaan.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.3350/3400 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.3300/3400 ketika ditutup pada Selasa.

Harga minyak terus menyusut dengan penanda aras kontrak minyak mentah AS, West Texas Intermediate mencecah paras terendah dalam tempoh 18 tahun kepada AS$19.20 setong, manakala Brent susut kepada AS$28.38, di tengah-tengah jangkaan permintaan yang merosot.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengunjurkan permintaan minyak global adalah berkurangan pada 2020 berikutan impak pandemik COVID-19 kepada ekonomi di seluruh dunia.

Jelasnya, pandemik itu akan memusnahkan pertumbuhan pemintaan minyak untuk hampir sedekad pada tahun ini, dengan penyusutan 9.3 juta tong sehari (pbd) berbanding 2019, dengan andaian bahawa sekatan perjalanan akan berkurangan pada separuh pertama 2020.

IEA berkata April dijangka mencatat 29 juta pbd lebih rendah berbanding tahun lalu, mencecah paras yang pernah direkodkan pada 1995.

Secara keseluruhan, IEA menjangkakan permintaan akan beransur pulih pada separuh kedua 2020, namun akan kekal lemah.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorpglobal, Stephen Innes, berkata persetujuan pengurangan bekalan oleh Pengeluar Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan ahli bersekutunya gagal menangani struktur lebihan bekalan dengan segera, sekali gus menjadikan harga minyak terjejas.

“Pasaran percaya bahawa perjanjian itu tidak akan hampir kepada mengimbangi penurunan permintaan dan tidak cukup untuk mempengaruhi paras bekalan semasa,” katanya.

Innes berkata, Institut Petroleum Amerika menganggarkan inventori minyak mentah yang besar berjumlah 13.14 juta tong bagi minggu yang berakhir 10 April di Amerika Syarikat.

Sementara itu ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0487/0529 daripada 3.0558/0639 dan naik berbanding pound Britain pada 5.4270/4350 daripada 5.4342/4489 pada Selasa.

Unit tempatan lemah berbanding yen kepada 4.0371/0425 daripada 4.0290/0395 dan susut berbanding euro kepada 4.7390/7462 daripada 4.7388/7514 semalam.



Sumber (http://www.forexkini.com/2020/04/ringgit-ditutup-rendah-hari-ketiga.html)

Tuesday, April 14, 2020

Rebutlah peluang promosi trade2win di blog weltrade kami

  1. CLIENT needs to confirm phone number
  2. To win CLIENT needs to complete this “Untuk mengambil bahagian dalam cabutan Pelanggan harus melengkapkan jumlah perolehan dagangan sekurang-kurangnya 2 (dua) lot penuh pada mana-mana akaun dagangan. 1 lot pada akaun Mikro sama dengan 0.01 lot biasa. 1 lot standard pada akaun Crypto sama dengan 100000.00 USD”
PERJANJIAN PELANGGAN
-Syarat-syarat promosi TRADE2WIN-
  1. Promosi ini diadakan setiap minggu, berlangsung 7 hari dan berakhir dengan undian setiap hari Ahad pukul 15:00 dari waktu pelayan dagangan (UTC +2:00).
  2. Untuk mengambil bahagian dalam cabutan Pelanggan harus melengkapkan jumlah perolehan dagangan sekurang-kurangnya 2 (dua) lot penuh pada mana-mana akaun dagangan. 1 lot pada akaun Mikro sama dengan 0.01 lot biasa. 1 lot standard pada akaun Crypto sama dengan 100000.00 USD.
  3. Perolehan dagangan pada akaun dagangan sebenar untuk semua jenis adalah diambil kira.
  4. Transaksi dibuka dan ditutup selepas cabutan terakhir selesai dan sebelum cabutan seterusnya akan diambil kira sahaja.
  5. Volume dagangan bagi instrumen XTIUSD dan XBRUSD dikira dengan pekali 0.1.
  6. Pesanan order dengan tempoh tidak kurang dari 2 minit diambil kira semasa mengira perolehan dagangan.
  7. Pemenang ditentukan secara rawak di kalangan semua peserta cabutan.
  8. Hadiah akan ditambah secara automatik dalam Peti simpanan USD.
  9. Hadiah boleh digunakan keseluruhannya untuk mendepositkan akaun dagangan serta pengeluaran ke mana-mana sistem pembayaran yang ada.
  10. Untuk mengambil bahagian dalam cabutan pelanggan hendaklah mengesahkan nombor telefon.
  11. Manipulasi keadaan dagangan, lindung nilai kedudukan (hedging) pada akaun yang berbeza, penciptaan pelbagai profil dengan tujuan untuk menyelesaikan tugasan atau apa-apa tindakan lain yang bertujuan untuk memanipulasi peraturan dengan tujuan mendapat hadiah dianggap sebagai pelanggaran terhadap syarat Promosi. Pelanggan yang melanggar syarat Promosi akan hilang kelayakan dan hadiah dibatalkan.
  12. Pentadbiran WELTRADE berhak membuat perubahan dalam Syarat ini pada bila-bila masa.

Wednesday, April 8, 2020

Ringgit rendah pagi ini, diniagakan pada RM4.355 sedolar



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun mata wang negara maju itu susut semalaman dengan tumpuan kembali terarah kepada harga minyak mentah serta mesyuarat kumpulan negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan bukan anggota OPEC (OPEC+) esok.
Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3550/3650 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3450 sewaktu ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata perasaan bercampur-baur membabitkan kemungkinan pengeluaran minyak dihadkan, penurunan angka kematian COVID-19 di beberapa negara kuasa besar ekonomi dunia serta kejatuhan ketara indeks utama di Wall Street menyebabkan pasaran pertukaran asing tidak banyak mengalami perubahan.
“Andaian bahawa ekonomi memakan masa untuk kembali pulih walaupun langkah seperti kawalan pergerakan akibat COVID-19 ditamatkan juga menyebabkan sentimen mengelak risiko akan terus berlaku.
"Atas alasan itu, ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS dalam lingkungan RM4.35 hingga RM4.37 berikutan tindak-tanduk pelabur yang lebih bertahan dan lebih meminati mata wang lindung nilai," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit terus menjadi sasaran dan menerima impak turun naik harga minyak berikutan semua pihak memberi tumpuan terhadap mesyuarat OPEC+.
Menerusi satu nota penyelidikan hari ini, beliau berkata, unjurannya kekal positif berikutan usaha kerajaan melaksanakan pakej rangsangan dengan tanda penurunan COVID-19 di beberapa negara yang dijangkiti teruk virus itu sebelum ini.
“Apa lebih penting dalam pandangan itu adalah fakta bahawa China kini bangkit kembali. Oleh itu akan ada pasaran eksport yang baik bagi industri Malaysia apabila rakyat meneruskan semula aktiviti seperti biasa selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir," katanya.
Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding euro pada 4.7343/7469 daripada 4.7173/7291 sewaktu ditutup pada Selasa dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0527/0608 daripada 3.0415/0496.
Ringgit juga rendah berbanding yen kepada 4.0053/0156 daripada 3.9723/9826 dan susut berbanding pound kepada 5.3654/3794 daripada 5.3376/3526, semalam.

Sumber (forexkini.com/2020/04/ringgit-rendah-pagi-ini-diniagakan-pada.html)

Monday, April 6, 2020

Ringgit dijangka meningkat semula, dolar AS mulai lemah


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka meningkat semula di tengah-tengah pasaran mata wang global yang tidak menentu ketika ini.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, Shan Saeed, berkata dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka terus lemah pada suku selanjutnya.
Ia berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengurangkan kadar faedah penanda arasnya kepada hampir sifar dan berjanji untuk meningkatkan pegangan bonnya sekurang-kurangnya AS$700 bilion.
Beliau berkata, Fed mengambil langkah seumpama itu untuk menyelamatkan ekonomi AS daripada mengalami kemerosotan akibat COVID-19.
“Jika anda melihat isu terkini dalam majalah Forbes, ia jelas menunjukkan dolar US merosot.
“Persoalan dalam kalangan pelabur ialah: Adakah dolar AS juga dilihat ke arah penyusutan?” katanya.
Shan berkata, sejak 17 hari lalu, dolar AS adalah lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama berikutan ia menyusut berbanding pound Britain (6.95 peratus), dolar Kanada (2.83 peratus), yuan China (0.70 peratus) dan ringgit (1.83 peratus).
Pada Mac tahun ini, Fed dilapor akan membeli bon Perbendaharaan, selepas 250 minggu berturut-turut tidak membeli setelah ia sebelum mengetatkan dasar monetari, justeru mendorong kepada spekulasi bahawa pelonggaran kuantitatif keempat (QE4) sudah bermula.
Dalam bahasa yang mudah difahami, Shan menjelaskan bahawa QE adalah keadaan yang mana bank pusat menyuntik wang baharu terhadap ekonomi dengan membeli bon perbendaharaan AS.
Fed sebelum ini melalui tiga fasa pembelian bon pada 2013 dan 2014 dan sehubungan itu, QE4 akan menjadi fasa yang terbaru.
“Pasaran yakin bahawa Fed mahu merendahkan dolar bagi suku yang berbaki untuk menyediakan rangsangan kepada unjuran ekonomi yang menuju ke arah kemelesetan.
“Pasaran tidak begitu yakin bahawa Fed akan berjaya kali ini dan dolar juga dilihat ke arah penyusutan,” kata Shan.
Beliau berkata yuan China telah bergerak daripada 6.92 kepada 7.15 dalam tempoh 31 hari.
“Pergerakan yuan mencerminkan sebahagian besar daripada pelarasan pasaran mata wang dan campur tangan bank-bank pusat. Ia seperti perang harga di mana-mana sahaja.
“Semua bank pusat mahu mengekalkan mata wang mereka kepada paras yang rendah atau dalam mod penyusutan untuk merangsang pertumbuhan dan mengekalkan momentum ekonomi berikutan pemboleh ubah eksogen menjadikan ekonomi terdedah kepada kelembapan,” katanya.
Shan berkata, ringgit menuruti pergerakan yuan China dan prospek harga minyak.
Memandangkan kedua-duanya adalah positif dan menuju ke arah peningkatan, beliau berkata ini akan menjurus kepada kenaikan nilai ringgit.
Beliau berkata, pasaran minyak dilihat mengalami turun naik yang terbesar sejak 5 Mac 2020 dengan merosot 50 peratus daripada AS$50 setong kepada AS$24 setong berikutan perang harga di antara anggota OPEC+.
Menurut Shan, harga minyak mentah Brent kembali meningkat dan dijangka naik 36 peratus sejak tujuh hari lalu selepas Presiden AS, Donald Trump berbincang dengan Russia dan Arab Saudi untuk mengurangkan pengeluaran.
Konsensus itu dicapai oleh kebanyakan peserta utama untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 15,000 tong sehari.
Arab Saudi telah menggesa diadakan mesyuarat segera bagi OPEC untuk memuktamadkan perjanjian bagi mengurangkan pengeluaran minyak mentah dalam kalangan semua ahli.
Ditanya sama ada faktor di peringkat tempatan boleh menyebabkan ringgit menyusut, Shan berkata, beliau mengakui bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) sudah melakukan yang terbaik untuk menyokong ringgit.
“BNM telah melakukan yang terbaik buat masa ini dalam menguruskan dan mengekalkan kestabilan ringgit, setakat ini. BNM masih mempunyai dasar untuk mendorong pertumbuhan trajektori dan boleh melakukannya apabila perlu.
“Secara keseluruhannya, BNM telah menguruskan dengan baik dalam pasaran kewangan,” kata beliau.
Shan berkata, beliau optimis bahawa ringgit akan bergerak antara 3.97 dan 4.30 berbanding dolar AS pada 2020 dan mengekalkan kestabilan struktur dalam kalangan negara ASEAN.

Friday, April 3, 2020

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila permintaan terhadap dolar AS meningkat berikutan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global yang makin memburuk.
Pada jam 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.3600/3690 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3480/3550 pada Khamis.
Seorang penganalisis berkata, angka tuntutan pengangguran awal Amerika Syarikat pada minggu lepas yang berganda kepada 6.65 juta susulan impak koronavirus (Covid-19) terhadap pekerjaan telah menyebabkan para pelabur mencari dolar AS.
Selain itu, para pelabur turut menunggu data eksport dan import tempatan bagi Februari yang dijadual dikeluarkan hari ini.
Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata, kenaikan harga minyak mentah dunia dijangka menyaksikan ringgit diniagakan lebih tinggi tetapi bukan hari ini.
“Meskipun peningkatan harga minyak tidak begitu menyokong ringgit, kita berada di kedudukan yang lebih baik hari ini berbanding pada pertengahan minggu, yang merupakan suatu yang baik bagi sentimen tempatan,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.7271/7386 daripada 4.7537/7631 pada paras penutup Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3981/4114 daripada 5.4180/4285.
Ringgit juga naik berbanding yen Jepun kepada 4.0363/0450 daripada 4.0518/0591 tetapi turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0441/0508 daripada 3.0395/0457. 

Thursday, April 2, 2020

Ringgit ditutup rendah, cecah RM4.35



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen pelabur yang negatif selain penurunan harga minyak mentah, kata penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3500/3650 berbanding dolar AS daripada 4.3150/3250 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa kebalikan risiko di pasaran global agak tegang hari ini, mendorong perubahan terhadap kenaikan bagi mata wang negara Asia.
Beliau berkata, kesukaran pasaran ekuiti dan harga minyak mentah yang rendah telah menjejaskan prestasi ringgit.
Seorang lagi penganalisis berkata, harga minyak mentah yang lebih rendah disebabkan oleh kekurangan ketara permintaan dan lebihan bekalan dalam pasaran, memandangkan tahap penggunaan bahan api merosot susulan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan untuk memerangi penularan COVID-19.
Pada masa ini, minyak mentah Brent, yang menjadi penanda aras global, turun 4.67 peratus kepada AS$25.12 setong.
Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0341/0454 daripada 3.0240/0325 ketika ditutup pada Selasa dan rendah berbanding euro kepada 4.7554/7731 berbanding 4.7353/7480.
Unit tempatan juga lemah berbanding pound Britain kepada 5.3762/3964 daripada 5.3282/3427 semalam dan turun berbanding yen kepada 4.0416/0567 daripada 3.9773/9876.

Wednesday, April 1, 2020

COVID-19: Malaysia sukar elak kemelesetan ekonomi – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion tentunya akan memberi sokongan dan mengelak penurunan mendadak ekonomi negara, namun kemelesetan teknikal khususnya pada separuh pertama tahun ini sukar dielakkan, kata penganalisis.
Ia berikutan penurunan mendadak permintaan dan gangguan rantaian bekalan yang berlaku pada peringkat global termasuk Malaysia berikutan langkah sekatan perjalanan dan kawalan pergerakan dilaksanakan kerajaan seluruh dunia bagi mengekang penularan pantas COVID-19 yang di luar jangkaan.
Malah, sebahagian ahli ekonomi berpendapat, Malaysia dijangka mencatat penguncupan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi keseluruhan tahun ini.
Turut memberi kesan negatif kepada negara adalah kejatuhan harga minyak mentah global yang menyaksikan penanda aras Brent susut ke paras AS$23 satu tong semalam.
Justeru, perkembangan yang sentiasa berubah-ubah itu dan lebih berat ke arah kesuraman mendorong penganalisis membuat semakan semula unjuran KDNK bagi 2020 terhadap negara ini.
Terdapat penganalisis mengunjurkan ekonomi Malaysia akan mencatatkan pertumbuhan negatif serendah -3.5 peratus bagi keseluruhan 2020 dan ada juga yang mengunjurkan ekonomi negara ini berkembang perlahan pada kadar 2.7 peratus.
Ahli Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto, berkata pihaknya melihat terdapat kemungkinan ekonomi berdepan pertumbuhan negatif meskipun dengan bantuan pakej rangsangan.
Beliau berkata, pihaknya membuat semakan semula unjuran kadar pertumbuhan bagi 2020 kepada sekitar antara -2.5 peratus sehingga 1.5 peratus, berbanding unjuran sebelum ini 1.7 peratus dan 4.2 peratus.
“Jika situasi penularan wabak tidak dapat dikawal dalam pasaran eksport utama seperti Amerika Syarikat (AS), zon Euro dan Jepun dalam minggu mendatang, unjuran yang berlegar pada kadar yang rendah akan berlaku,” katanya dalam nota penyelidikannya.
Sementara itu, AffinHwang Capital juga mengunjurkan ekonomi Malaysia akan menguncup 3.5 peratus pada 2020 dengan jangkaan penularan berterusan pandemik COVID -19 pada peringkat global dan domestik.
Ia berkata, pertumbuhan KDNK benar mungkin dalam wilayah negatif pada suku pertama dan kedua 2020, berikutan penguncupan ketara dalam permintaan domestik dan eksport yang lemah.
“Permintaan domestik agregat benar dijangka menguncup 4.0 peratus untuk 2020 secara keseluruhan, berbanding pertumbuhan 4.3 peratus pada 2019.
“Memandangkan kesan negatif terhadap permintaan domestik dan gangguan rantaian bekalan global terhadap sektor pembuatan dan luaran Malaysia, kami mengurangkan unjuran pertumbuhan KDNK benar negara kepada -3.5 peratus bagi 2020 berbanding unjuran sebelum ini pertumbuhan 3.3 peratus,” katanya.
Kemelesetan terakhir di Malaysia berlaku pada 2009 apabila KDNK benar menguncup sebanyak 1.5 peratus.
Bagi Ketua Ahli Ekonomi AmBank Research, Dr Anthony Dass pula, beliau berpendapat pakej rangsangan PRIHATIN berjumlah RM250 bilion akan menyokong pertumbuhan dan menyediakan sokongan diperlukan untuk kecairan, penggunaan dan pekerjaan tanpa memberi tekanan kepada defisit fiskal.
Beliau tidak menafikan pendapatan negara akan terkesan oleh impak penularan COVID-19 dan perang harga minyak antara Russia serta Arab Saudi.
Katanya, dengan suntikan langsung RM22 bilion hingga RM25 bilion dan bakinya daripada langkah bukan fiskal adalah dijangkakan defisit fiskal untuk mencapai RM74 bilion atau 4.9 peratus daripada KDNK, yang mana lebih rendah berbanding 6.7 peratus dicatatkan pada 2009.
“Defisit fiskal di bawah 5.0 peratus daripada KDNK, tidak akan memberi tekanan kepada penarafan semula hutang kerajaan oleh agensi penarafan hutang antarabangsa yang kini “Stabil” pada A3/A-,” katanya dalam nota penyelidikannya.
Dass berkata, pihaknya menjangka ekonomi Malaysia akan berdepan kemelesetan teknikal iaitu dua suku tahunan mencatatkan penguncupan.
Beliau berkata, dengan mengambil kira pertumbuhan negatif itu, ekonomi dijangka berkembang 0.4 peratus bagi 2020 meskipun kerajaan mengunjurkan pertumbuhan mendatar.
Namun, bagi MIDF Research, ia agak optimis dengan mengunjurkan ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada 2020 pada kadar lebih sederhana sekitar 2.7 peratus.
Katanya, penggunaan swasta akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, selain kadar faedah dan tekanan inflasi yang rendah.
“Kami melihat peningkatan semula perbelanjaan pengguna pada separuh kedua 2020 berikutan virus dijangka dapat ditangani. Selain itu, tekanan inflasi dijangka berlegar pada paras rendah berikutan harga bahan api yang murah dan pasaran pekerjaan kekal utuh dengan kadar pengangguran di bawah 4.0 peratus, menyokong penggunaan,” katanya.

US 30-year inflation-adjusted Treasury yield turns positive for first since June 2020 NEWS | 2/23/2021 1:12:49 AM GMT | By Omkar Godbole

  According to data provided by the Department of the Treasury, the  US  30-year real or inflation-adjusted Treasury yield has risen above z...